e-Data Praisi
Sistem e-Data Praisi merupakan satu sistem yang dibangunkan untuk membolehkan majikan menyemak adakah data praisi yang dihantar mengikut spesifikasi
yang ditetapkan oleh LHDNM ataupun tidak. Sekiranya data tersebut telah memenuhi spesifikasi yang ditetapkan, majikan boleh terus memuat naik data ke
LHDNM.
Apakah itu data praisi? Data praisi adalah merupakan data pendapatan pekerja dan data tersebut akan dimasukkan ke dalam e-Borang. Apabila pekerja
tersebut mengisi e-BE / e-B / e-BT / e-M / e-MT, maklumat pendapatan akan tertera pada e-borang. Ini akan menjimatkan masa dan memudahkan pengguna.
Data tersebut boleh dipinda jika terdapat sebarang perubahan sebelum tandatangan dan hantar borang secara elektronik.
Data praisi bagi tahun taksiran 2020 akan ditutup pada 25/02/2021.